fbpx

Ramai sokong tindakan tegas pada antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA individu yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan dine-in. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai menyokong tindakan kerajaan bertegas ke atas golongan yang enggan menerima vaksin tanpa alasan munasabah. 

Rata-rata mereka menyifatkan tindakan antivaksin yang dianggap degil bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah akan menjadi beban kepada orang lain. 

“Ramai antivaksin menggelupur dengan baca tajuk berita sahaja. Pelbagai SOP (prosedur operasi standard) akan dikenakan nanti bagi mengelak wabak, jadi pada yang tidak mahu vaksin memang akan jadi susah kecuali tak vaksin sebab memang ada penyakit atau allergic (alahan),” kata seorang pengguna Facebook dikenali Putra. 

Terdahulu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan tidak akan memudahkan kehidupan golongan antivaksin sekiranya mereka masih berdegil dengan terus menolak imunisasi Covid-19.

Menurutnya, meskipun kerajaan mungkin tidak mewajibkan vaksin, tidak bermakna golongan itu boleh menjalani kehidupan sama seperti individu yang menerima vaksin.

Sementara itu, seorang pengguna dikenali Shahila memberitahu, kerajaan sudah bagi vaksin percuma sepatutnya orang ramai mengambil peluang itu dan mendapatkan suntikan vaksin. 

“Kalau tak sihat ke itu kita faham. Tapi yang percaya kata agenda Yahudi semua, memang layaklah hidup kau susah pasal degil,” ujarnya.

“Kerajaan tidak boleh wajibkan kerana memang akan ada yang tidak boleh terima vaksin. Yang menyusahkan orang sekarang yang suka-suka tak mahu vaksin pasal percaya benda-benda mengarut,” kata Apik. 

“Berbuih mulut DG Hisham (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah) dan pakar-pakar jelaskan memang boleh kena Covid-19 walau sudah divaksin. Vaksin memang tak jadikan kau kebal, tapi boleh elak kau masuk ICU. Itu pun susah nak faham, bila kerajaan buat syarat macam-macam janganlah merungut,” kata Adib. 

Pemantauan Kosmo! Ahad di laman sosial turut mendapati, perbincangan mengenai perkara itu juga menjadi hangat apabila sebilangan golongan antivaksin menyelar Khairy Jamaluddin.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI