fbpx

Polis terima 17 laporan individu tolak vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR MAS – Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas menerima sebanyak 17 laporan berhubung individu yang menolak vaksin Covid-19 di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, berdasarkan laporan, golongan profesional dan agamawan didapati ramai yang menolak vaksin.

Menurutnya, penolakan suntikan itu dibuat sendiri oleh golongan berkenaan dengan alasan untuk mengutamakan keselamatan mereka.

“Laporan itu mendakwa kesemua golongan antivaksin itu berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun. Selain individu yang dikenalpasti itu, laporan turut dibuat terhadap ahli keluarga mereka.

“Sehubungan dengan itu, polis telah merujuk kesemua laporan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat di Pasir Mas, Mohd. Nasaruddin memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat.

Katanya, selain itu, tiada sebarang kompaun berkait dengan pematuhan SOP dikeluarkan sejak aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula Isnin lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI