fbpx

Penggiat seni perlu patuh SOP, hargai peluang diberikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERMA (tengah) bersama peniaga di gerai jualan Mak Cun di tapak pasar tani Stadium Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Semua penggiat seni termasuk penerbit dan pengarah drama disarankan sentiasa mengutamakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Pematuhan itu termasuk melakukan ujian kendiri Covid-19 dan memakai pelitup muka di sesebuah set penggambaran sama ada melibatkan selebriti atau kru bertugas.

Pengarah, penerbit dan pelakon terkenal, Erma Fatima, 53, berkata penggiat seni perlu menghargai peluang keemasan diberikan kerajaan yang memberi kelonggaran kepada industri  hiburan untuk kembali beroperasi bulan lalu.

“Sebagai contoh, penerbit atau pengarah perlu memastikan semua individu yang berada di set penggambaran mematuhi SOP ditetapkan.

“Selain memakai pelitup muka, mereka seharusnya menjalani ujian saringan (Covid-19) sebelum atau selepas sesebuah sesi penggambaran,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan tapak niaga pasar tani pertama Mak Cun di perkarangan Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Pada 9 September lalu, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran SOP kepada pengoperasian industri kreatif tempatan termasuk dalam aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi dengan penonton yang lengkap divaksin serta kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis.

Mengulas lanjut, kata Erma, pengambilan vaksin dianggap subjektif namun semua pihak wajib mematuhi semua SOP ditetapkan kerajaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI