fbpx

Naluri peledak Kane masih belum hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE masih belum menemui sentuhan sebenar dan bergelut dengan prestasi tidak menentu awal musim ini. – AFP

LONDON – Pengendali ­Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo mengakui tidak ada pihak yang mempercayai bahawa penyerangnya, Harry Kane sudah hilang sentuhan gol sebaliknya, pemain itu memerlukan lebih sokongan.

Kane melalui tempoh paling sukar dalam kerjayanya ketika ini apabila gagal meledak gol dalam enam perlawanan iaitu paling buruk sejak 2015, malah aksinya bersama England ketika seri 1-1 dengan Hungary pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 mengundang kritikan hebat.

“Saya perlu jujur untuk me­ngatakan bahawa tidak ada perubahan yang saya lihat. Saya hanya menunggu masa untuk melihat Harry kembali, dia masih seorang penyerang terbaik di dunia, sentuhan itu belum hilang.

“Tugas kami ketika ini adalah untuk menyediakan peluang supaya Harry kembali menjadi apa yang dia telah capai sebelum ini. Adakalanya dia memerlukan masa,” katanya.

Dalam pada itu, kem Spurs berdepan masalah apabila dua daripada pemain mereka diuji positif dengan wabak Co­vid-19 ketika mereka dijadual berdepan Newcastle United malam ini.

Kedua-dua mereka terpaksa menjalani proses isolasi selama 10 hari sekali gus terlepas dua lagi aksi melibat perlawanan menentang Vitesse Arnhem pada saingan Liga Konferens Europa dan menentang West Ham United untuk saingan EPL.

Selain itu, mereka turut kehilangan Cristian Romero, Giovani Lo Celso, Davinson Sanchez dan Emerson Royal yang belum pulang selepas membantu pasukan negara masing-masing pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI