fbpx

MOSTI optimis Malaysia jadi negara berteknologi tinggi 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang membangunkan 17 pelan hala tuju teknologi seiring Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pelan hala tuju itu bakal membantu pembangunan ekonomi, peningkatan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat dalam usaha mencapai status negara berteknologi tinggi pada 2030.

Beliau berkata, pelan hala tuju itu mengandungi aspek seperti kecerdasan buatan, blockchain, elektrik serta elektronik, bahan termaju, robotik dan vaksin.

“Ia juga adalah selaras dengan 10 pemacu sains dan teknologi dan 10 pemacu sosioekonomi seperti yang terdapat dalam Rangka Kerja 10-10 MySTIE.

“Atas usaha ini juga, MOSTI menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada acara pembukaan Invest Malaysia 2021 baru-baru ini untuk menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan satu ekosistem dalam ekonomi diterajui sains, teknologi dan inovasi yang akan memudahkan pembangunan teknologi tempatan dengan mewujudkan peluang
ekonomi dan melahirkan bakat atau tenaga kerja dalam bidang Kecerdasan Buatan, Internet Benda dan Teknologi Blockchain.

Adham berkata, antara sasaran MOSTI adalah untuk menjadi negara pengeluar vaksin, menjana RM600 bilion potensi pulangan perdagangan bagi sektor elektrik dan elektronik pada tahun 2025 dan memberi sumbangan signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui bidang yang telah dikenal pasti.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI