fbpx

Misi berkayak 2 pemuda OKU, bakal cipta rekod negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Shahrizal Ismail (kiri) bersama Khairruddin Mazli (kanan) melakukan latihan kayak bagi persediaan misi Dayungan DUO TVET OKU Penglihatan di Kompleks Rakan Muda Kampar hari ini. FOTO : ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh: LIYANA RAMLI

KAMPAR – Meskipun cacat penglihatan, namun dua pemuda orang kelainan upaya (OKU) bersemangat untuk menamatkan misi menelusuri Sungai Perak secara duo bagi menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Khairruddin Mazli, 30, dan Muhamad Shahrizal Ismail atau Along, 24, akan berkayak sejauh 20 kilometer (km) dari Kem Intan Suraya, Sungai Siput dan berakhir di Jambatan Victoria, Karai yang bermula 5 November nanti.

Mereka merupakan peserta kursus Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) OKU Refleksologi menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Misi Dayungan Duo TVET itu dijayakan bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ketika ini, kedua-duanya sedang giat menjalani latihan di bawah bimbingan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampar, Yusnizah Md. Yusof dan Pendayung Solo Negara, Adilla Abu Hassan sejak sebulan lalu.

Menurut Khairruddin, mereka berlatih selama lima jam sehari iaitu dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan diikuti latihan fizikal di sebelah petang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI