fbpx

KPN nafi iklankan ratusan jawatan kosong Guru Tabika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan palsu yang memaparkan wajah Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menafikan ada menyiarkan iklan menawarkan peluang bagi mengisi ratusan kekosongan jawatan Guru Tabika baru-baru ini.

KPN menerusi satu kenyataan berkata, iklan itu dikesan tular di media sosial Facebook sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, iklan yang disiarkan dalam status FB bertajuk Semakan Dan Permohonan Online itu turut dikesan menggunakan logo Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

“Meskipun agensi KEMAS bukan di bawah KPN, gambar wajah dan nama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique turut dijadikan sebagai hiasan utama poster, bagi memberi nilai komersial kepada iklan itu.

“Iklan tersebut mencetuskan tanda tanya besar apabila mencatatkan syarat kelayakan mengisi kekosongan jawatan tersebut terlalu rendah iaitu sekadar lepasan Pendidikan Menengah Rendah (PMR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) sahaja,” kata kenyataan itu di Facebook hari ini.

Katanya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) turut mengesahkan pernah mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi enam Jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29 pada 11 Oktober lalu.

Jelasnya, kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah syarat kelayakan utama bagi pengambilan Guru Tabika Perpaduan, JPNIN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI