fbpx

KPM sedia berbincang bantu pelaksanaan PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi membuat lawatan persediakan pengoperasian sekolah berasrama di beberapa sekolah di Melaka, hari ini.

MELAKA – Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilaksanakan di negeri ini termasuk penggunaan bangunan sekolah sebagai pusat mengundi.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sekiranya PRN dilaksanakan, pihaknya akan berbincang dengan suruhanjaya itu untuk menetapkan pendekatan yang sesuai bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.

“Itu (PRN) tertakluk kepada keputusan SPR. Apa sahaja bantuan yang diperlukan kita akan bantu untuk permudahkan.

“Sebarang keputusan kita boleh bincang, mengenai apa yang diperlukan dalam konteks tersebut, pendekatan yang sesuai yang kita boleh gunakan,” katanya selepas membuat tinjauan persediaan pengoperasian sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abd. Malek, Cheng di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau membuat tinjauan di sekolah berasrama penuh di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Selandar, Jasin dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, KPM kini sedang memperkemaskan konsep #SekolahKuSejahtera yang pertama kali diketengahkan dalam sesi libat urus (SLU) membabitkan guru sekolah rendah, menengah serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Buat pertama kalinya dalam SLU, kami di kementerian kita sentuh konsep #SekolahKuSejahtera dan sedang mengumpul pandangan setiap yang terlibat.

“Konsep ini diketengahkan untuk melihat dan membawa pembangunan karakter serta modal insan supaya murid dapat fahami perkara kritikal sewaktu mereka berada di awal sekolah termasuk etika di sekolah, artikulasi penghujahan dan konteks yang dibawa dalam penghujahan anak-anak ini,” katanya.

Jelasnya, perkara itu sedang diperhalusi supaya ia boleh diterapkan secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI