fbpx

Guru perlu akur arahan KPM agar divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, guru perlu akur dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar mendapat suntikan lengkap vaksin Covid-19 sebelum bersemuka dengan pelajar di sekolah.

Beliau berkata, setakat ini golongan pendidik menjadi golongan yang paling ramai tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Walaupun kita tidak memaksa atau mewajibkan pengambilan vaksin setakat ini tetapi guru perlu akur keperluan melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19 dan KPM menekankan perlunya guru divaksin sebelum sesi bersemuka dengan pelajar.

“Guru yang tidak divaksin bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi juga membahayakan rakan guru dan pelajar terutama di bawah usia 18 tahun dan di sekolah rendah,”katanya ketika berucap pada majlis penyampaian peranti komputer Program Cerdik KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32 dekat Felda Sebertak di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan bukan bertujuan memaksa guru melengkapkan vaksin tetapi mengharapkan mereka segera mendapatkan dua vaksin lengkap demi keselamatan mereka dan orang lain.

Katanya, keengganan mereka mendapatkan suntikan vaksin akan menyusahkan diri mereka sendiri yang tidak dapat menerima pelbagai kemudahan diberikan kerajaan dalam suasana pandemik Covid-19 pada masa ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI