fbpx

Dituduh bertatu, Baby Shima minta netizen nilai sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video (kanan) yang memaparkan bahu kanan Baby Shima mempunyai tulisan yang didakwa sebagai tatu.

PETALING JAYA – Tidak pernah sunyi dengan kontroversi, nama penyanyi dan pelakon Baby Shima kembali menjadi bualan netizen apabila dia didakwa mencacah tatu pada bahagian bahu kanannya.

Dakwaan tersebut bertiup kencang dalam media sosial selepas memmuat naik video bersama seorang pemsohor media, Ammar Nazhan dalam platform media sosialnya.

Menurut Baby atau nama penuhnya Nor Ashima Ramli, 29, dia enggan menafikan atau mengiyakan dakwaan ramai itu, sebaliknya ingin membiarkan netizen terus berteka-teki.

Dia yang popular dengan lagu Pura-Pura Bujang itu mengakui menganggap tatu merupakan satu bentuk seni yang cantik.

“Tatu memang nampak cantik. Saya malas nak ulas lebih mengenai hal ini sebab kalau bercakap benda baik sekalipun tetap dikecam netizen.

“Jadi, saya akan buat apa yang saya suka dan paling penting tidak ganggu hidup orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dia bagaimanapun tidak menjawab sama ada tatu tersebut merupakan tatu kekal ataupun hanya sementara.

Dalam pada itu, dia juga enggan terlalu melayan semua komen negatif netizen yang dilemparkan tentang apa sahaja isu berkaitan dirinya.

“Sekarang ini kalau kita muat naik apa-apa sahaja kandungan, netizen tetap akan hentam. Ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka.

“Sebelum ini saya juga pernah kongsi pakai tudung menyanyikan lagu ketuhanan tetapo orang tetap kecam. Kesimpulanya apa sahaja hentaman dan kritikan memang saya buat tak tahu sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Baby Shima beberapa kali dihentam netizen kerana ada yang menganggap hantaran-hantaran yang dimuat naik dalam media sosial sebagai melampau dan menunjuk-nunjuk.

Antara dikecam hebat ialah videonya yang dikatakan mempersenda kekurangan seorang lelaki orang kelainan upaya yang kudung tangan ketika muncul dalam sebuah temu ramah program televisyen sekitar Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI