fbpx

Bomoh Ayah Su ‘ratah’ bakal pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nasaruddin bercakap kepada media pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pasir Mas hari ini. - FOTO : YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Seorang gadis yang bakal menamatkan zaman bujang melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol oleh pengamal perubatan tradisional atau bomoh semasa menerima rawatan gangguan makhluk halus di sebuah rumah di Kampung Tendong di sini, Khamis lalu.

Perbuatan keji bomoh berusia 67 tahun itu terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama selepas kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan mendapati, mangsa yang berusia 23 tahun bersama ibu dan bakal suaminya pergi ke rumah suspek yang dikenali sebagai Ayah Su untuk mendapat rawatan.

Menurutnya, suspek telah meminta mangsa untuk masuk ke dalam sebuah bilik rawatan menerusi pintu belakang rumah sambil dibawa oleh Mok Su yang merupakan isteri kepada warga emas berkenaan.

“Semasa mangsa berada berada di dalam bilik secara berseorangan, suspek telah meminta wanita itu untuk menanggalkan seluar yang dipakainya.

“Suspek dipercayai telah merogol mangsa di dalam bilik tersebut dengan alasan ia merupakan salah satu kaedah rawatan untuk menghalau daripada gangguan makhluk halus,” katanya pada sidang akhbat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, suspek turut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan meminta gadis berkenaan datang sekali lagi untuk rawatan susulan.

Katanya, bagaimanapun, mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis telah menahan bomoh terbabit pada pukul 12 tengah malam pada hari yang sama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI