fbpx

Belum lengkap vaksin sudah ‘dine-in’ di kafe hipster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (tengah) memeriksa sijil vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera dua orang pelanggan di sebuah kedai makan di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang lelaki dikompaun RM2,000 dan diarahkan pulang selepas didapati tidak lengkap dua dos vaksin semasa ‘dine-in’ di sebuah kafe hispter di Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan semasa angggota polis menjalankan Operasi Bersepadu Bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sekitar daerah ini selama dua hari.

Menurutnya, lelaki yang bekerja sendiri itu didapati berani makan di kafe tersebut meskipun dia masih belum lengkap dua dos vaksin Covid-19.

“Polis dan MPKB-BRI telah memeriksa sijil vaksinasi setiap pelanggan yang ‘dine-in’ di restoran dalam operasi itu. Apabila mendapati lelaki itu tidak lengkap vaksin, kita terus mengeluarkan kompaun dan mengarahkan dia beredar dari kafe tersebut.

“Selain itu, polis turut mengeluarkan kompaun terhadap tiga buah kedai makan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila didapati tidak menyediakan alat saringan suhu dan membenarkan pelanggan masuk tanpa membuat imbasan aplikasi MySejahtera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjalankan operasi pematuhan SOP di Pantai Cahaya Bulan di sini semalam.

Mengulas lanjut, menurut Abdul Rahim, polis turut menasihatkan kira-kira 50 individu supaya mematuhi SOP ketika berada di tempat awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI