fbpx

Belanjawan 2022 prihatin masyarakat luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahar (kanan) menandatangani plat semasa hadir ke Majlis Pecah Tanah Solar Dyer Program ‘UMK-MoF Social Enterprise Project’ di Kampung Geting, Tumpat hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Pemulihan ekonomi negara melibatkan masyarakat luar bandar dapat diperkasakan melalui Belanjawan 2022 yang akan dibentang pada hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd. Shahar Abdullah berkata, ia merupakan tumpuan utama yang akan diberikan oleh kerajaan dalam memastikan golongan tersebut turut sama meningkatkan ekonomi negara.

“Selain itu, Belanjawan 2022 itu juga akan dilakukan bukan hanya di bandar besar, tetapi secara menyeluruh melibatkan golongan B40 dan M40 di kawasan luar bandar.

“Oleh itu, kerajaan akan terus turun padang untuk melihat elemen yang dilaksanakan bagi memastikan ekonomi masyarakat luar bandar dapat diperkasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Solar Dyer Program ‘UMK-MoF Social Enterprise Project’ di Kampung Geting di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI