TIDAK semena-mena nama anggota BTS, V disebut-sebut dek gosip mengenai percintaannya dengan seorang anak tokoh perniagaan terkenal, Philip Chun.
Perkara tersebut tersebar selepas sebuah laman komuniti melaporkan bahawa penyanyi itu bercinta dengan pewaris Paradise Group.
Dakwaan berkenaan tersebar selepas V dilihat menghadiri acara pembukaan sebuah pameran yang turut dihadiri anak pemilik syarikat konglomerat itu.
Menguatkan lagi dakwaan, V sejak kebelakangan ini dilihat sering memakai dan menggayakan gelang tangan daripada jenama keluaran Philip Chun.
Menafikan artis jagaannya yang dikatakan sedang mabuk dilamun cinta, agensi naungan V iaitu Hybe tampil dengan satu kenyataan.
“Keluarga Choi Yoon-jung dan V hanyalah kenalan rapat dan tidak lebih daripada hubungan tersebut.
“Nampaknya berita berkenaan hanyalah khabar angin dan bukan satu perkara yang sahih,” katanya.
Selepas gosip tersebut diperkatakan ramai, V tampil memuat naik hantaran dalam Weverse seolah-olah meluahkan perasaan marah atas apa yang berlaku.