fbpx

88 kes kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara merekodkan sebanyak 88 kes kematian Covid-19, menjadikan jumlah terkini kematian keseluruhan sebanyak 27,858 kes.

Menurut data dipaparkan pada laman web Covid-19, tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Selain itu, sebanyak 26 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) manakala, jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,635 kes,” menurut laman web tersebut.

Kesemua kematian itu dilaporkan di Johor (33), Sarawak (14), Sabah (12), Pulau Pinang (8), Negeri Sembilan (4), Perak (4), Melaka (3), Kedah (2), Perlis (2), Selangor (2), Terengganu (2), Pahang (1), Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Kelantan, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 95,395 kes aktif melibatkan 73,507 kes dikuarantin di rumah, 14,401 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,793 kes di hospital, 350 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 344 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, daripada 7,509 kes harian dicatatkan semalam, pecahan mengikut negeri ialah Selangor (1,738 kes), Sarawak (1,055 kes), Johor (753 kes), Kelantan (688 kes), Sabah (639 kes), Pulau Pinang (411 kes), Kedah (403 kes), Terengganu (383 kes) dan Perak (307 kes).

Negeri-negeri lain ialah Pahang (301 kes), Melaka (261 kes), Kuala Lumpur (259 kes), Negeri Sembilan (236 kes), Putrajaya (37 kes), Perlis (30 kes) serta Labuan (dua kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI