fbpx

230 pelajar baharu mula memasuki kampus UMT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Madihah mengemas pakaiannya sewaktu mendaftar masuk ke kolej kediaman UMT, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seramai 230 pelajar baharu mula mendaftar masuk untuk memulakan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada 2,269 orang yang dijadual untuk mendaftar masuk bagi sesi pengajian secara bersemuka pada semester baru ini.

“Mereka akan mendaftar masuk secara berperingkat mulai hari ini  sehingga 18 November depan,” katanya ketika meninjau proses pendaftaran pelajar di kolej kediaman masing-masing di UMT di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pelajar baharu, Nurul Madihah Mohd. Husni, 18, berkata, pesanan ibu bapanya agar menjadi contoh terbaik kepada tiga adik menjadi pegangan untuk memulakan langkah bergelar saintis berjaya di UMT.

Pelajar Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan berkata, dia yang tidak pernah berjauhan dengan ibu bapa mengetepikan perasaan sedih terpaksa berjauhan bagi mencapai cita-citanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI