fbpx

10,000 dijangka kunjungi Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan Angkat Kuala Terengganu melakukan operasi bascule pada malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Mercu tanda ikonik, Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Drawbridge, di sini mencatatkan kehadiran pengunjung melebihi 1,000 orang sehari pada hujung minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties, Khalizan Mahmud berkata, peningkatan ketara itu didorong oleh cuti hujung minggu pertama selepas pengumuman kebenaran rentas negeri bermula Isnin lalu.

“Suasana meriah itu jauh berbeza sewaktu minggu pertama Drawbrigde kembali beroperasi pada 3 Oktober lalu. Waktu itu, pengunjung kurang 150 orang.

“Walaupun sambutan sangat memberangsangkan, kita hanya membenarkan 50 pengunjung berada di ruang galeri anjung tinjau pada satu-satu masa bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya di sini malam tadi.

Terdahulu TI Properties sebagai agensi pengendali Jambatan Angkat Kuala Terengganu melaksanakan operasi bascule pada jambatan angkat tersebut.

Khalizan berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu menjelang hujung tahun ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI