fbpx

Wanita bakar gaun pengantin untuk rai perceraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISSY enggan melihat gaun perkakhwinannya lagi kerana ia akan mengingatkannya tentang ‘kesilapan’ yang dilakukan. -Media dan Berita Kennedy

BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang wanita di Amerika Syarikat bertindak membakar gaun perkahwinannya dalam satu sesi penggambaran bertemakan perceraian selepas dia berpisah dengan suaminya, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Chrissy Blake, 41, yang merupakan seorang pakar nutrisi, menuang alkohol ke atas gaun perkahwinan berharga AS$1,400 (RM5,819) itu dan membakarnya bagi meraikan perceraiannya.

Dia  berkata, bekas suaminya curang sebanyak enam kali sepanjang hubungan mereka termasuk sekali sebelum kedua-duanya disatukan sebagai pasangan suami dan isteri.

Chrissy  mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar-gambar tersebut di mana Blake berenang di sebuah tasik, memijak gaun perkahwinannya sebelum membakar baju itu.

Dia turut membawa bersama anaknya, Dominique, 23, dan Brayden, 6 ke lokasi penggambaran itu. Di lokasi tersebut, dia menyeret gaun perkahwinannya di dalam lumpur dan merendamnya dalam wain sebelum membakarnya.

“Saya melihat sesi penggambaran perceraian dan tidak percaya saya melakukannya.

“Ia memberikan saya pengakhiran dan kelihatan amat menyeronokkan,” jelas Chrissy.

Pada September tahun lalu, Chrissy berpisah dengan suaminya dan menjalani sesi kaunseling selepas mendapat tahu tentang kecurangan suaminya dengan beberapa wanita lain.

Sebaik sahaja mengetahui kewujudan wanita keenam dalam hidup suaminya, Chrissy akhirnya memilih untuk meninggalkan lelaki itu.

“Tindakan sebegini memberikan saya pengakhiran dan kelegaan, namun ia tidak bermakna anda bersikap pendendam atau keji.

“Saya enggan melihat gaun ini di dalam almari saya yang akan mengingatkan saya tentang ‘kesilapan’ yang telah dilakukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI