fbpx

Versatiliti jazz Lady Gaga, duo dinamik Tony Bennett

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LADY Gaga dan Tony Bennett kembali berpadu suara menerusi album Love For Sale.

APABILA Lady Gaga melantunkan listrik vokalnya atas nama irama jazz, tiada secebis penafian lagi bahawa wanita itu semestinya akan melunaskan kerja seni yang cemerlang. Ditambah pula dengan kolaborasi rakan duetnya, Tony Bennett yang memang agung dengan nuansa muzik tersebut.

Gaga dan Tony kembali menyatu menerusi album Love For Sale selepas kali terakhir merakamkan diskografi bersama tujuh tahun lalu menerusi Cheek to Cheek yang berjaya menggondol trofi Album Pop Vokal Tradisional Terbaik pada Grammy Awards ke-57.

Selamat tinggal Tony

Buat penulis secara peribadi, Love For Sale bukan lambaian atau ucapan selamat tinggal Tony yang telah membuat pengumuman bersara dari dunia seni Ogos lalu disebabkan status kesihatannya yang semakin memburuk.

Dari segi ‘mood’ dan teknikal, diskografi berkenaan lebih kepada keraian buat Tony yang berjaya meneruskan kemaraan dalam dunia seni muzik sehinggalah ke usia 95 tahun.

ALBUM Love For Sale merupakan diskografi terakhir Tony Bennett selepas legenda muzik jazz itu mengumumkan persaraannya pada Ogos lalu.

Gaga pula merupakan ‘sparring partner’ paling memahami Tony yang menderita disebabkan penyakit Alzheimer.

Sebagai pendengar, mungkin ramai tidak berapa cakna bahawa saat merakamkan album berkenaan, Tony sudah tidak mengenali kebanyakan orang dalam hidupnya.

Bagaimanapun, ada satu magis bernama seni muzik yang membuatkan penderitaan Tony hilang seketika sehinggalah terlahirnya Love For Sale.

Vokal Gaga, cetusan kimia

Menyentuh tentang kualiti, Love For Sale boleh disifatkan sebagai sebuah album yang terus melaungkan cetusan kimia tidak berbahagi antara Tony dan Gaga. Kualiti vokal Gaga dalam setiap trek berdiri atas kelas tersendiri. Dia terus memberi bukti konkrit bahawa dirinya antara penyanyi paling versatil dunia.

Dari aspek muzikal, 12 trek yang dimuatkan dalam Love For Sale merupakan naskhah ‘orchestral jazz’ yang dirakam semula atau diberi nafas baharu oleh kedua-dua figura tersebut.

Lagu-lagu tersebut adalah antara material popular sekitar 1940-an hingga 1950-an hasil ciptaan komposer ulung, Cole Porter.

LADY Gaga merupakan pasangan serasi paling memahami Tony yang menderita penyakit Alzheimer sejak sekian lama.

Biarpun kebanyakan lagu berentak jazz, rendisi daripada Gaga dan Tony membuatkan jazz satu cabang muzik yang mempunyai ruang untuk terus dikomersialkan seperti jenis muzik lain seperti pop, hip hop dan sebagainya.

Penglibatan Tony dalam album berkenaan bukan sekadar tribute buat Cole Porter, bahkan penghormatan buat dirinya yang cukup lazim dengan nuansa jazz.

Mengagumkan, pada usia 95 tahun, Tony masih mampu mengalunkan vokal merdunya dengan suntikan emosi jazz dan struktur muzik yang kekal berkarisma dan mempesona. Dia benar-benar seorang yang layak dicanang dunia sebagai ‘a living legend’.

Peluang Grammy

Trek kegemaran dalam Love For Sale? Semua! Namun jika perlu memilih, penulis cukup terkesan dengan rendisi, listrik vokal dan penghayatan emosi dalam lagu I Get A Kick Out Of You.

Gaga dan Tony membuktikan mereka adalah duo yang tidak boleh dihentikan kemaraan mereka walaupun realitinya, Tony sudahpun bersara daripada sebarang persembahan pentas.

ALBUM Love For Sale merupakan jalinan kolaborasi kedua antara Gaga dan Tony.

Love For Sale merupakan album yang kalau kalian berada di mana-mana kawasan dunia yang sedang bertukar kepada musim sejuk, diskografi ini paling sesuai untuk dimainkan.

Jangkaan penulis, tidak mustahil Love For Sale akan dicalonkan sekali lagi dalam kategori Album Pop Vokal Tradisional Terbaik pada Grammy Awards edisi akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI