fbpx

Trafik mula bergerak perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya mula bergerak perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

Menurut laporan trafik Lembaga Lembuh Raya Malaysia (LLM) di Twitter rasminya, trafik bergerak perlahan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)@E11 di laluan Puchong Utama ke Puchong Intan dan Kelana Jaya ke SS2.

Sementara itu, di Lebuh Raya Koridor Gutrie, trafik juga dilaporkan mula bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Bukit Jelutong (arah Utara).

Di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)@E1 pula dilaporkan trafik mula perlahan arah Utara dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua kerana trafik tinggi.

Keadaan sama turut dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Cheras-Kajang @E7 di mana trafik perlahan dari Persimpangan Hulu Langar ke Pusat Bandar.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan rentas negeri bermula 11 Oktober lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI