fbpx

Syed Saddiq kecewa pembantu rumah tak dapat pulang ke Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (kanan) dan pembantu rumahnya.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa pembantu rumahnya tidak dapat pulang ke Sarawak hari ini untuk menziarahi ibunya yang sudah hampir setahun tidak bertemu dan sedang kurang sihat.

Beliau mendakwa, hal tersebut disebabkan permohonan pembantu rumahnya untuk pulang ke kampung halaman masih belum menerima jawapan dalam sistem Enter Sarawak.

“Tiket penerbangannya esok (hari ini) namun masih tiada jawapan. Permohonan sudah dibuat sejak beberapa hari lalu. Saya sudah cuba telefon “hotline” namun tidak berangkat.

“Cuba kita fikirkan dan letakkan (diri kita) di tempat mereka. Tiket kapal terbang sudah dibayar. PCR test Covid-19 sudah dibuat. Cuti juga sudah dimohon,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya, semalam.

Syed Saddiq mendakwa, beliau dimaklumkan ramai lagi warga Sarawak menghadapi masalah serupa termasuk yang telah sampai di lapangan terbang.

“Saya merayu kepada kerajaan Sarawak bagi memudahkan cara serta proses untuk orang ramai balik ke kampung halaman,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI