fbpx

SuperKIP belum hilang bisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUPERKIP muncul juara pada perlumbaan pertama MSBK sebentar tadi biarpun ia perlumbaan pertama selepas kembali daripada persaraan.

PELUMBA negara, Khairul Idham Pawi masih belum hilang bisa selepas berjaya menjulang kemenangan pada perlumbaan Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam sejurus kembali daripada persaraan.

Khairul yang terkenal dengan gelaran SuperKIP menyertai perlumbaan bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing Team  tampil cukup baik meskipun dilihat berdepan masalah ketika pelepasan di grid perlumbaan.

Bagaimanapun, ia tidak mendatangkan masalah buat bekas pelumba Moto3 itu selepas bijak mencuri peluang pada baki lima pusingan terakhir untuk berada di hadapan dengan memintas Helmi Azman (Boon Siew Honda Racing) dan juga Syarifuddin Azman (SIC Racing).

“Pada perlumbaan tadi saya ada sedikit masalah pada awal saingan. Jadi, saya hanya ikut mereka di hadapan dan saya lihat Ibrahim Norrodin (SIC Racing) dan Azroy Hakeem Anuar (Boon Siew Honda Racing) ada masalah selepas terjatuh.

“Saya cuba kejar mereka dan pada akhirnya saya memintas seorang demi seorang untuk berada di hadapan. Saya akui agak penat kerana ini adalah perlumbaan pertama saya pada tahun ini.

“Apa pun saya sangat gembira kerana berjaya meraih kemenangan pada hari ini,” katanya sejurus tampat perlumbaan semalam.

Dalam pada itu, pelumba berbakat negara, Syarifuddin yang menamatkan saingan podium tempat kedua bertekad untuk melakukan terbaik untuk bergelar juara pada perlumbaan kedua yang berlangsung esok.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras menyediakan jentera yang sangat baik pada saya hari ini. Saya sangat gembira kerana dapat menaiki podium.

“Saya akui sangat teruja ketika bersaing dengan Helmi di selekoh terakhir dan apapun jumpa esok saya akan buat terbaik pada perlumbaan kedua nanti,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI