fbpx

Ribut petir dan hujan lebat di Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di Bukit Mabong, Kapit, Sarawak serta Kudat, Sabah.

Manakala di Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang

Terengganu pula di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Pada Selasa lalu, hujan lebat berpanjangan mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar ibu negeri Sabah dilanda banjir kilat.

Hujan lebat berserta angin kencang turut menyebabkan berlaku kejadian pokok tumpang dan bangunan roboh.

Kawasan yang terjejas adalah pusat bandar raya dan daerah Penampang melibatkan Kampung Kobusak, Kampung Sugul, Kampung Kibabaig, Kampung Mogonibung, Kampung Kohizan, Millenium Height Bundusan dan Taman Landmark. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI