fbpx

Pengguna jalan raya terkandas akibat banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat di Jalan Lencongan Timur berdekatan HSAH di Sungai Petani, petang tadi.

SUNGAI PETANI – Kesesakan lalu lintas berlaku di Jalan Lencongan timur berdekatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini selepas kawasan tersebut dilanda banjir kilat, hari ini.

Banjir kilat sehingga paras satu meter itu berlaku kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Beberapa gambar dan video mengenai kejadian turut dikongsikan pengguna jalan raya di laman Facebook.

Sebahagian pengguna jalan raya bertindak melawan arus bagi mengelak terperangkap dalam kejadian banjir kilat selain ada yang terpaksa menunggu sehingga air surut.

Banjir dilaporkan surut kira-kira pukul 5 petang tadi dan keadaan lalu lintas kembali lancar seperti biasa. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI