KUALA SELANGOR – Dua kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat insiden paip pecah di Jalan Bukit Cherakah, Puncak Alam di sini, hari ini.
Lokasi yang terjejas itu melibatkan Taman Rentak Perdana dan Alam Perdana.
Aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan penutupan sementara bekalan air itu dilakukan bagi pelaksanaan kerja pembaikan oleh pihak ketiga.
“Proses kerja pembaikan paip berkenaan masing sedang dijalankan ketika ini.
“Segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja pembaikan dan meminimakan impak gangguan kepada pelanggan yang terjejas,” katanya.
Menurut aplikasi itu, sasaran awal proses pembaikan itu dijangka siap pada 4 pukul pagi esok.
“Status terkini kerja berkenaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
“Segala kesulitan amat dikesali dan orang ramai boleh menghubungi talian 15300 untuk bantuan kecemasan,” katanya. -K!ONLINE