fbpx

Mayat dalam trak pikap rupa-rupanya mangsa nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemui dalam trak pikap di jalan kebun Ladang Gaddes, Jempol hari ini. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Kes kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui di dalam trak pikap jenis Ford Ranger di jalan kebun Ladang Gaddes, di sini terjawab apabila dia rupa-rupanya terlibat dalam kemalangan akibat terbabas sendiri.

Mangsa, Md Jani Sulong, 66, yang merupakan peneroka dari Felda Serting Hilir ditemui meninggal dunia dalam trak pikap tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kehilangan mangsa dilaporkan oleh keluarganya di Balai Polis Ladang Gaddes.

“Pagi ini, mangsa ditemui di dalam kenderaannya di kebun sawit oleh orang awam.

“Siasatan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai kedai berhampiran mendapati mangsa terbabas ke kawasan kebun yang terletak bertentangan premis berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke Felda Serting Hilir terbabas ke dalam kebun sawit dan melanggar pokok sawit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dipercayai serangan jantung.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI