fbpx

Batal hasrat bunuh diri sebab tak tahan panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori yang musnah dalam kebakaran di Junjung, pagi ini.

KULIM – Cubaan seorang lelaki untuk membunuh diri dengan membakar selimut mengakibatkan pondok pekerja dan sebuah lori satu tan musnah dalam kebakaran di kawasan ternakan lembu di Junjung di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, lelaki berusia 33 tahun yang merupakan pekerja di situ bagaimanapun terselamat.

Dia dikatakan membakar selimut untuk membunuh diri, namun bertindak melarikan diri kerana tidak tahan bahang api.

Lelaki terbabit didakwa bertindak sedemikian kerana tertekan dengan rakan sekerja yang menyindirnya dengan menuduh mengambil duit sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membeli dadah.

Dilaporkan, kebakaran tersebut melibatkan kerugian kira-kira RM10,000.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kejadian disedari pengurus ladang sebaik tiba di lokasi berkenaan yang terletak di sebuah ladang kelapa sawit.

Seorang daripada tiga pekerja ladang ternakan berusia 33 tahun kemudian mengaku dia yang membakar pondok pekerja serta lori tersebut.

“Pengurus terbabit kemudian membawa pekerjanya itu untuk membuat laporan polis sebelum suspek ditahan untuk siasatan.

“Hasil siasatan lanjut suspek mengaku bertindak membakar selimut sehingga mengakibatkan pondok pekerja dan lori terbakar kerana tertekan dengan pekerja lain,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI