fbpx

Kontrak akan tamat, Seo Ji-soo buntu masa depan Lovelyz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JI-SOO dan kumpulannya, Lovelyz.

ANGGOTA kumpulan Lovelyz, Seo Ji-soo tidak dapat menahan sebak selepas berkongsi perasaannya dengan peminat tersayang baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dalam satu sesi siaran langsung, Ji-soo dilihat menangis dan tidak dapat menahan kesedihan selepas ada peminat yang bertanya tentang perancangan masa depan Lovelyz.

“Kami tidak tahu apa pengakhiran kami selepas ini. Kami telah cuba sedaya upaya apa yang mampu dan terdaya.

“Bilalah kami semua dapat bertemu dengan anda semua. Kami rindu anda semua. Terima kasih atas sokongan selama ini,” katanya.

Tambah penyanyi berusia 27 tahun itu lagi, dia dan rakan-rakan dalam kumpulannya telah melakukan dan beri sebaik mungkin demi peminat tersayang. Bagaimanapun, mereka buntu sekiranya kontrak bersama agensi ditamatkan dalam masa terdekat ini.

Untuk rekod, kali terakhir Lovelyz membuat kemunculan semula pada September tahun lalu menerusi album mini mereka yang ketujuh berjudul Unforgettable.

Lovelyz yang memulakan debut pada 2014 dan mempunyai lapan ahli bakal ditamatkan kontrak mereka bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI