fbpx

Kes aktif turun bawah 100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus menurun di bawah 100,000 dengan 97,505 kes dilaporkan semalam, menurut data pada laman web CovidNow.

Berdasarkan maklumat dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, ia melibatkan 75,068 kes dikuarantin di rumah, 14,537 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,197 kes di hospital, 337 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 366 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, terdapat 89 kes kematian dilaporkan sekali gus kekal bawah 100 dengan tiada kes kematian sebenar direkodkan sepanjang tempoh 24 jam semalam.

“Angka kematian Covid-19 terkini di seluruh kini mencecah 27,770 kes manakala, sebanyak 19 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dicatatkan.

“Jumlah tersebut menjadikan kes kumulatif BID di seluruh negara sebanyak 5,607 kes,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (15), Kelantan (14), Perak (13), Pulau Pinang (9), Pahang (8), Selangor (7), Johor (6), Sabah (5), Kuala Lumpur (4), Kedah (3), Perlis (3) dan Negeri Sembilan (2) serta tiada kematian dilaporkan di Melaka, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, daripada 7,420 kes harian dilaporkan semalam, pecahan mengikut negeri ialah Selangor (1,143 kes), Sarawak (1,009 kes), Kelantan (838 kes), Johor (787 kes), Sabah (720 kes), Pulau Pinang (539 kes), Kedah (428 kes), Terengganu (426 kes), Pahang (356 kes) dan Perak (301 kes).

Negeri-negeri lain pula Melaka (289 kes), Kuala Lumpur (265 kes), Negeri Sembilan (199 kes), Perlis (54 kes), Putrajaya (39 kes) dan Labuan (enam kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI