fbpx

‘Ghisau ghisau Imran Bard’ jadi pilihan selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNYI suara 'ghisau ghisau' Imran Bard (tengah) trending dalam TikTok sehingga beberapa selebriti seperti Fazura dan Ben Amir tidak ketinggalan mengikut trend.

MASIH ingat tentang Imran Bard? Kali ini suaranya pula tular sehingga diguna semula beberapa selebriti tanah air dalam video TikTok mereka.

Gara-gara ‘ghisau ghisau’, video TikTok si kacak Ben Amir ditonton lebih 2.3 juta kali dalam tempoh tiga hari.

Lucu dan sangat sesuai! Itu antara komen netizen selepas menonton aksi Ben berlakon dengan menggunakan suara dan dialog ‘ghisau ghisau’ tersebut.

Selain Ben, aktres popular Fazura juga tidak ketinggalan menggunakan suara dan dialog tersebut dalam satu videonya yang telah ditonton lebih 1.2 juta kali dalam TikTok.

“Gedik tetapi tidak rasa meluat. Nampak comel saja,” puji seorang netizen.

Nampaknya Imran Bard telah menjadi fenomena dalam TikTok, betul tak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI