fbpx

Suami isteri tidak mengaku salah tipu jual beli emas RM25,812.05

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menipu jual beli emas membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 22 pertuduhan menipu jual beli emas membabitkan kerugian RM25,812.05 antara bulan Februari hingga March lalu.

Tertuduh, Muzi Musa, 51, warga tempatan dan isterinya, Nining Febriani Lubis, 41, warganegara Indonesia membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut kesemua pertuduhan, kedua-dua tertuduh telah bersama-sama menipu seorang wanita untuk membuat urusan jual beli barang kemas dengan curangnya telah mendorong wanita berkenaan untuk memasukka sejumlah RM25,812.05 ke dalam akaun CIMB, Muzi Musa mengikut tarikh dan masa yang berlainan yang mana mangsa tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesemua kesalahan itu dilakukan bertempat di Lorong Patin, Taman Sungai Gemas, Tampin, di antara tarikh 16 Februari hingga 28 March lalu.

Kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat serta dikenakan denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala, tertuduh diwakili peguam Mohd. Baharuddin Mohd. Kassim dari tetuan Bahar Rusnan & Associates.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Hakim turut mengarahkan tertuduh wanita menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan bagi tertuduh lelaki pula perlu melaporkan diri sekali sebulan di balai polis terdekat.

Sekiranya gagal menjelaskan wang jaminan tertuduh akan dipenjara sehingga sebutan semula kes berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI