fbpx

Ramos bakal buat penampilan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMOS dilaporkan sudah bebas daripada kecederaan betis dan dijangka membuat penampilan pertama bersama PSG ketika menentang Angers awal pagi Sabtu ini. – AFP

PARIS – Paris Saint-Germain menerima khabar gembira selepas pemain pertahanan dari Real Madrid, Sergio Ramos yang ditandatangani pada musim panas lalu disahkan cergas dan sedia untuk beraksi.

Pemain bek tengah itu melalui detik yang mengecewakan apabila tidak mampu me­nyumbang tenaga bersama kelab baharunya itu pada permulaan musim ekoran masalah kecederaan, namun kini sudah kembali menjalani sesi latihan penuh.

Selepas sembuh daripada ma­salah kecederaan lutut, pemain berusia 35 tahun itu berdepan masalah betis sebaik menyertai PSG sekali gus terpaksa berehat sejak Julai lalu.

Bagaimanapun, Ramos dijangka membuat debut bersama PSG awal pagi Sabtu nanti ketika pa­sukan itu bakal turun berdepan Angers dalam saingan Ligue 1 Perancis sekali gus meredakan kebimbangan pengurusnya, Mau­ricio Pochettino.

Pochettino yang sebelum ini agak resah dengan tahap kecergasan para pemainnya yang baru pulang daripada tugasan antarabangsa dan kehadiran Ramos sekurang-kurangnya mampu memberikannya lebih banyak pilihan.

Pasukan perubatan PSG enggan meletakkan tarikh Ramos akan kembali kerana mereka mahu pemain itu benar-benar bebas daripada masalah yang dihadapi bagi mengelakkan kece­deraannya berulang.

Bagaimanapun, Ramos kini perlu mengalihkan tumpuannya untuk mempertajamkan aksi dalam perlawanan kerana musim lalu, dia hanya membuat tujuh penampilan bersama Real ekoran kecederaan lutut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI