fbpx

Proton lancar minyak pelincir jenama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak pelincir itu hadir dengan spesifikasi 5W30 SP, 5W30 SN, 10W30 SN.

PETALING JAYA – Proton melancarkan rangkaian produk minyak pelincir yang diformulasikan secara eksklusif untuk kereta jenama itu hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, produk di bawah jenama alat ganti tulen syarikat ituvterbahagi kepada empat gred di dalam senarai Minyak Pelincir Proton (PGO) iaitu dari PGO 1 ke PGO 4 termasuk minyak sintetik penuh, minyak semi-sintetik dan minyak pelincir jenis mineral.

“Minyak pelincir itu hadir dengan spesifikasi 5W30 SP, 5W30 SN, 10W30 SN dan tahap kelikatan 15W40 SN dengan API SP dan tahap API SN, kesemuanya boleh didapati di wakil servis PROTON yang sah.

“Minyak pelincir tersebut juga boleh didapati di stokis alat ganti, walaupun pada waktu ini hanya terhad kepada PGO 3 dan PGO 4,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pelancaran minyak pelincir PGO adalah satu langkah baharu bagi perjalanan Proton untuk menjadi jenama
automotif premium di Malaysia.

“Kami bekerja dengan rakan niaga dalam penghasilan formulasi bagi memastikan ia mencapai tahap yang diinginkan oleh kami dan memberikan pelanggan perlindungan enjin untuk model Proton mereka dengan harga yang berpatutan.

“Dengan senarai penuh produk tersebut, keseluruhan rangkaian model dirangkumi termasuk enjin baharu TGDI yang digunapakai pada SUV kami,” tambahnya.

Jelasnya, Proton juga menerokai peluang di mana pihaknya boleh berkerjasama dengan pembekal untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan.

“Kami juga akan mengolah kekuatan rangkaian wakil jualan yang mempunyai jumlah pusat 3S dan 4S terbesar di dalam negara, bagi memastikan produk seperti rangkaian PGO boleh didapati di seluruh negara secepat yang mungkin,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI