fbpx

Program vaksinasi tidak sekat kebebasan individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah mendengar khutbah Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Program vaksinasi tidak boleh dianggap sebagai menyekat hak kebebasan individu semata-mata.

Menurut khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini, ia sebaliknya merupakan usaha dan langkah mengekang penularan wabak Covid-19 agar masyarakat dapat kembali hidup secara normal.

Katanya, secara tidak langsung dapat memulihkan negara yang terkesan dari sudut sosial dan ekonomi serta membina keyakinan dan jaminan keselamatan komuniti menjalani aktiviti kehidupan sosial pada masa akan datang.

“Realitinya, sejak kebelakangan ini timbul pelbagai andaian dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung pengambilan vaksin dengan tohmahan dan fakta berita yang kurang tepat disebarkan di media-media sosial.

“Ia seolah-olah menggambarkan pengambilan vaksin dianggap tidak selari dengan hukum dan syariat Islam.

“Pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh penghasut tegar antivaksin secara emosi terhadap penggunaan vaksin menjadikan masyarakat mula terpengaruh dan mempercayai dakyah tersebut,” katanya.

Berdasarkan kandungan khutbah bertajuk ‘Vaksin Ikhtiar Terbaik’ itu juga, hukum penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan masyarakat Islam diputuskan harus dan wajib diambil selaras dengan resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-10 yang telah bersidang pada 3 Disember 2020.

Tegasnya Ini kerana, keutamaan pencegahan sebelum penularan dapat dibendung dengan lebih menyeluruh.

“Pengambilan vaksin dapat menjadikan antibodi lebih kuat semasa berhadapan dengan Covid-19 dan mencari ubat atau berubat merupakan amalan yang dituntut dalam ajaran Islam.

“Matlamat utama pengambilan vaksin untuk menjaga kebajikan dan kepentingan umum dan merupakan rawatan alternatif terbaik dalam dunia perubatan hari ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI