fbpx

PPV Midvalley henti operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azwan Atan (kiri) merupakan penerima dos terakhir yang ke 282,428 diraikan oleh Penyelaras PPV Midvalley Haliza Khalid (kanan) sebelum tamat operasi di PPV Midvalley Southkey, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di pusat beli belah Midvalley South Key di sini menghentikan operasi selepas 89 hari dibuka sejak 19 Julai lalu bagi membantu pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha mengekang pandemik Covid-19.

Pegawai Penyelaras PPV berkenaan, Mohd. Hairul Azni Abd. Hamid berkata, dalam tempoh tersebut, sebanyak 282,428 dos suntikan vaksin telah diberikan.

Katanya, sejak dibuka, berkenaan beroperasi setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam melibatkan seramai 200 petugas dalam satu-satu masa.

“Sepanjang tempoh itu juga, proses pemberian vaksin berjalan lancar dimana dua vaksin diberikan di PPV ini iaitu jenis Pfizer dan Sinovac.

“Jadi sempena hari terakhir PPV ini beroperasi, kita mengadakan sedikit majlis bagi meraikan petugas-petugas yang telah berkhidmat di sini sejak tiga bulan lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI