fbpx

Pintu sempadan negara akan dibuka untuk pelawat asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pelawat asing dari beberapa buah negara tertentu dijangka dapat memasuki Malaysia dengan bebas apabila pintu sempadan antarabangsa dibuka dalam masa terdekat.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu sedang diperhalusi oleh pihak kerajaan dalam merancakkan kembali kegiatan ekonomi negara.

“Kerajaan sedang menimbang untuk membuka sempadan negara secara selamat dengan membenarkan pelawat asing dari negara tertentu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Ia susulan kebenaran pergerakan rentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 Oktober lalu dan berkuat kuasa keesokannya harinya.

Bagaimanapun kebebasan itu termasuk urusan ke luar negara, hanya untuk individu yang sudah melepasi tempoh minimum tarikh matang setelah lengkap menerima dua dos vaksin.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati khususnya dari segi penurunan kes positif harian dan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI