fbpx

Pesara guru rugi RM25,600 jadi mangsa ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pesara guru ‘berputih mata’ apabila wang simpanannya berjumlah RM25,600 lesap daripada akaun bank selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula 20 September lalu selepas mangsa yang berumur 65 tahun dari Temerloh menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku wakil sebuah syarikat takaful dari Kuala Lumpur.

“Lelaki terbabit memaklumkan terdapat tuntutan insurans kemalangan berjumlah RM36,800 atas nama mangsa sebelum panggilan disambungkan pula ke dua individu lain yang mengaku sebagai polis.

“Mangsa diberitahu bahawa namanya terlibat dengan kes pengumpulan wang haram berjumlah RM2.18 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diminta membuat penukaran kad bank miliknya dengan mendaftarkan nombor telefon baharu yang diberikan suspek bagi tujuan siasatan.

Katanya, mangsa kemudiannya diminta menghantar gambar kad bank tersebut dan gambar buku akaun Tabung Haji yang tertera nombor akaun dengan alasan untuk siasatan.

“Pada hari semalam, mangsa telah membuat semakan akaun di sebuah bank dan mendapati wang simpanannya telah mengalami kekurangan sebanyak RM9,600 dan wang simpanan di akaun Tabung Haji juga berkurangan sebanyak RM16,000.

“Mangsa hadir ke balai polis membuat laporan kerana berasa ditipu dan mengalami kerugian berjumlah RM25,600,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI