fbpx

Perkenalkan segera teknologi ofsaid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOL kemenangan Perancis yang dijaringkan Kylian Mbappe (kiri) pada final Liga Negara-Negara Eropah sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila Sepanyol mendakwa dia berada pada kedudukan ofsaid. – AFP

LONDON – Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya sebarang keputusan mengenai kedudukan ofsaid pemain dalam perlawanan perlu ditentukan menerusi teknologi dan ia perlu diimplementasi seawal tahun hadapan.

Ketika ini, Video Bantuan Pengadil (VAR) telah digunakan secara meluas untuk membantu pegawai perlawanan membuat keputusan selain beberapa teknologi lain termasuk teknologi garisan gol.

Bagaimanapun, Wenger kini yang bertanggungjawab dalam program pembangunan bola sepak global bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengakui bahawa penentuan kedudukan ofsaid juga perlu menggunakan teknologi untuk memudahkan tugas pengadil.

Menurutnya, VAR ketika ini terlalu perlahan dalam menentukan keputusan ofsaid dan masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan teknologi ber­kenaan adalah ketika penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.

“Kita perlu meningkatkan lagi proses dalam membuat keputusan supaya ia menjadi lebih cepat terutamanya dalam penentuan ofsaid.

“Pada saingan Piala Dunia nanti, keputusan mengenai ofsaid seharusnya lebih cepat dibuat. Ia akan membantu mengurangkan masa perlawanan yang terhenti hanya kerana untuk membuat sesuatu keputusan.

“Teknologi pengesanan ofsaid ini akan meningkatkan lagi mutu bola sepak, menjadikan keputusan yang dibuat oleh pengadil lebih tepat dan memberi kesan menyeluruh bagi program pembangunan bola sepak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI