fbpx

Perancangan rapi Watford buat Ranieri tertarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANIERI (tengah) kembali membimbing kelab keempat di EPL selepas dilantik mengemudi Watford menggantikan Munoz yang dipecat. – AFP

LONDON – Pengurus baharu Watford, Claudio Ranieri teruja dapat kembali bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dipilih untuk menggantikan Xisco Munoz yang dipecat oleh pihak pengurusan ekoran prestasi hambar awal bulan ini.

Kata Ranieri, meskipun sudah berusia 70 tahun, falsafah bola sepak yang diterapkan masih lagi relevan untuk bersaing pada kempen EPL selain meletakkan sasaran untuk memastikan Watford tidak tersingkir dan kekal bersaing di liga No.1 England pada musim depan.

“Saya lihat Watford memiliki projek dan perancangan jangka panjang yang bagus dan sudah tentu bukan mudah buat saya menolak tawaran yang diberikan oleh mereka kerana jiwa saya masih lagi di atas padang.

“Malah, peluang untuk membimbing kelab yang bersaing dalam kancah EPL sesuatu yang tidak boleh dilepaskan tetapi saya hadir ke sini bukanlah untuk makan angin.

Sebaliknya, saya ada misi untuk membantu pasukan kekal dalam kempen EPL musim depan.

“Apa yang pasti, saya percaya taktikal yang diterapkan masih relevan meskipun saya ­berusia 70 tahun ketika ini dan kalau boleh, saya mahu kekal aktif menjadi pengendali hingga ber­usia 80 tahun,” katanya.

Kejayaan terhebat bekas pe­ngendali Chelsea dan Fulham itu adalah membantu Leicester merealisasikan ‘kisah dongeng’ dengan muncul juara EPL kali pertama musim 2016 sekali gus menamatkan dominasi kelab-kelab gergasi di negara itu.

Kelab terakhir yang dibim­bing oleh Ranieri adalah Sampdoria sejak 2019 tetapi meninggalkan pasukan Serie A itu selepas kontraknya yang berakhir pada peng­hujung musim lepas tidak disambung sekali gus menjadi ejen bebas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI