fbpx

Orang yang kuat, memaafkan – Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erra Fazira berkongsi status rawak dalam Instagram miliknya.

PETALING JAYA – Selepas beberapa hari dihambat gosip panas kononnya mendirikan rumah tangga dengan seorang VVIP berstatus menteri, pelakon Erra Fazira kekal tenang menjalani kehidupan seperti biasa.

Pemilik nama lengkap Fazira Wan Chek itu memberi gambaran dirinya seorang yang pemaaf dan tidak suka berdendam dalam kehidupan.

“Orang yang lemah membalas dendam, orang yang tabah memaafkan.

“Orang yang bijaksana, mengabaikan. Kalian yang mana satu? Pilihlah dengan berhati-hati,” katanya menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Terdahulu, nama Erra menjadi sebutan ramai apabila seorang netizen memetik namanya dan mendakwa dia sudah menjadi isteri kedua kepada seorang menteri.

Bagaimanapun, individu berkenaan iaitu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau telah bernikah dengan selebriti terkenal, Erra Fazira seperti yang didakwa.

Erra yang merupakan bekas Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 itu mengambil pendekatan enggan mengambil pusing tentang semua dakwaan netizen dalam media sosial.

“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?

“Apapun, manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” katanya.

Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI