fbpx

Orang ramai mula balik kampung dengan tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna ETS berlepas dari Butterworth ke KL Sentral di Stesen KTMB Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Orang ramai di negeri ini mula pulang ke kampung halaman menuju ke selatan menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) hari ini.

Tinjauan Kosmo! di Stesen Keretapi Butterworth di sini hari ini mendapati orang ramai mengambil kesempatan kebenaran merentas negeri untuk pulang bertemu ahli keluarga dan saudara-mara.

Difahamkan jumlah pengguna perkhidmatan itu semakin bertambah hari ini berbanding semalam.

Seorang pekerja kilang, Noorliza Baba, 33, berkata, dia mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk bertemu suami di Taiping, Perak dengan menaiki ETS selepas enam bulan tidak bertemu.

“Saya tidak terlalu bimbang untuk balik kampung kerana saya sendiri, suami dan ahli keluarga telah melengkapkan dos vaksin Covid-19, namun tetap akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, pelajar, P. Kumar, 25, berkata, dia segera menempah tiket ETS untuk pulang ke Kuala Lumpur pada hujung minggu selepas mendengar pengumuman rentas negeri.

“Saya mahu pulang bertemu keluarga dan sanak-saudara selepas setahun tidak bersua.

“Saya menggunakan perkhidmatan ini kerana merasakan lebih selamat dan akan sentiasa mengamalkan SOP dalam tempoh empat jam di dalam tren,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI