fbpx

Ops Jihad Dadah 2.0 berjaya berkas 56 penagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang suspek disyaki penagih dadah yang ditahan dalam operasi di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu berjaya memberkas 56 individu disyaki penagih dadah dalam Operasi Jihad Dadah 2.0 yang dijalankan serentak di seluruh negeri ini hari ini.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 57 tahun itu ditahan dalam operasi selama 15 jam yang berakhir pukul 3 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, seramai 26 individu diberkas di daerah ini, Marang (12), Besut (10) serta masing-masing empat di Hulu Terengganu dan Setiu.

Beliau berkata, operasi berkenaan turut berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 53.69 gram, pil kuda (32.61 gram), heroin (22 gram) dan 3.9 liter air ketum.

“Menerusi operasi skala besar ini, setiap daerah perlu membersihkan tiga lokasi ‘panas’ pada setiap bulan ,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI