fbpx

Malaysia akur tewas kepada Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA (kiri) berjabat dengan Momota sebaik sahaja tewas pada aksi dalam Kumpulan D saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark semalam.

SKUAD badminton lelaki kebangsaan menampilkan permainan melawan walaupun akhir­nya tewas kepada bekas juara edisi 2014, Jepun pada aksi terakhir Kumpulan D saingan Pia­la Thomas di Aarhus, Denmark semalam.

Bagaimanapun, kekalahan itu masih tidak menjejaskan peluang Malaysia ke suku akhir hari ini apabila tetap meneruskan kemaraan sebagai naib juara Kumpulan D.

Malaysia memulakan saingan di Ceres Arena itu dengan langkah kiri apabila pemain perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia bersaing sengit dengan Kento Momota dalam tempoh satu jam 20 minit sebelum tewas 21-15, 12-21, 21-23.

Ia sekali gus mematahkan hasrat juara All England itu untuk merakam kemenangan ke­dua berturut-turut ke atas Momota selepas menewaskan pemain No. 1 dunia tersebut sewaktu Piala Sudirman di Vantaa, Finland hujung bulan lalu.

Beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula dilihat seakan-akan tidak berada pada tahap terbaik apabila tewas mudah straight-set 13-21, 13-21 dalam tempoh 37 minit sahaja kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Kekalahan itu meletakkan tekanan yang cukup tinggi kepada perseorangan kedua, Cheam June Wei kerana perlu mencari jalan menewaskan Kanta Tsuneya­ma selepas kali terakhir bertemu dua tahun lalu sekali gus memastikan Jepun sebagai juara Kumpulan D.

June Wei menghadirkan sinar buat kem negara apabila bangkit daripada ketinggalan jauh dan berjaya mendahului Tsuneyama buat satu ketika sebelum tewas 20-22 dalam set pertama.

Bagaimanapun, segalanya serba tidak menjadi buat pemain No. 70 dunia itu apabila tewas juga 13-21 di set kedua kepada Tsuneyama yang menghuni ran­king jauh lebih tinggi iaitu No. 13 dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI