fbpx

Kementerian Kewangan terima 50,000 cadangan Belanjawan 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan menerima lebih 50,000 cadangan berhubung Belanjawan 2022 setakat ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, cadangan itu diperoleh menerusi portal bajet, media sosial dan juga secara sesi libat urus.

“Saya ingin menyatakan penghargaan atas input dan cadangan yang diberikan oleh anda untuk #Bajet2022.

“Kerajaan sentiasa bersifat inklusif dan terbuka dalam merencana polisi dan inisiatif-inisiatif demi mensejahterakan rakyat, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi,” katanya di akaun Facebook beliau hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Kementerian Kewangan akan meneliti kesemua cadangan itu dan akan menerapkannya mengikut kesesuaian dan keperluan semasa Keluarga Malaysia.

“Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pembentangan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober nanti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI