fbpx

Jemaah kembali tunai solat Jumaat di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah mula beratur sebelum masuk ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk menunaikan solat Jumaat, hari ini. - Foto oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Solat Jumaat di negeri ini kembali meriah selepas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memberikan kebenaran untuk melaksanakan ibadah itu mengikut kapisiti masjid bermula hari ini.

Tinjauan Kosmo! di Masjid Muhammadi di sini mendapati, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah berkenaan meskipun terpaksa berdepan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Setiap jemaah yang hadir ke masjid perlu menunjukkan sijil vaksinasi lengkap selain memakai pelitup muka dan membawa sejadah serta penjarakan fizikal.

Seorang jemaah, Alias Yunus, 55, menzahirkan rasa syukur dapat kembali semula ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurutnya, peluang itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mengikuti semua SOP yang telah ditetapkan.

“Apabila masjid kembali dibuka mengikuti kapasiti dan penjarakan fizikal, jadi gunakanlah peluang ini sebaik mungkin.

“Terus imarahkan masjid dengan melakukan munajat dan solat jemaah supaya Allah menghapuskan segera pandemik Covid-19 ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI