fbpx

Jangan mengaku bujang, boleh jatuh talak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Golongan suami jangan sesekali mengaku diri anda bujang sekiranya masih mempunyai isteri kerana dibimbangi boleh jatuh talak kinayah.

Peguam syarie, Fahmi Ramli berkata, keadaan tersebut boleh berlaku sekiranya suami mengaku dirinya bujang kerana pengakuan tersebut adalah berbentuk kiasan.

“Jika berbentuk jelas, perkataan cerai atau talak telah disebut oleh si suami, namun dalam keadaan dan isu ini ia berbentuk kiasan.

“Cerai kinayah ini perlu diperhalusi dengan mengetahui niat si suami, sekiranya isteri mengetahui keadaan tersebut dia perlu membawa kes ini ke pihak mahkamah,” jelasnya melakui satu klip video di Facebook miliknya.

Katanya, isteri perlu ke mahkamah Syariah untuk memfailkan tuntutan pengesahan cerai, bawa diri dan bawa kad pengenalan bagi membuat tuntutan tersebut.

“Di mahkamah, isteri kena nyatakan yang dia mendengar perkataan si suami itu dan hanya hakim sahaja yang boleh bertanyakan kepada suami niat sebenarnya.

“Keputusan bergantung kepada si suami, jika tiada niat maka hakim meminta untuk si suami bersumpah,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI