fbpx

Guru menang kes tuntutan terhadap ATM dan kerajaan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R. Santhi, 52, (tengah, baju hitam), bersama anaknya, A. Shaarmini, 21, A. Thanushaa, 23, ketika hadir di Mahkamah Seremban, Seremban, hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Nasib menyebelahi seorang guru wanita di Mahkamah Majistret Sivil di sini hari ini apabila berjaya memenangi kes tuntutan sivil terhadap pemandu perisai jenis Gempita AV8 milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah merempuh kereta yang dipandunya, dua tahun lalu.

Dalam kes tersebut, plaintif, R.Santhi, 52 turut menamakan ATM sebagai defenden kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defenden ketiga.

Majistret Naziah Mohd. Alias membuat keputusan itu dengan membenarkan R. Santhi membuat tuntutan setelah meneliti segala keterangan yang dibicarakan.

Mahkamah membenarkan tuntutan sepenuhnya plantif bagi ganti rugi khas dan am termasuk faedah dan kos dengan memutuskan bahawa tiga defenden cuai sepenuhnya dalam kemalangan yang berlaku pada 4 Ogos 2019.

Sementara itu, peguam N.Naresh berkata, keputusan itu telah memberi keadilan kepada anak guamnya selepas lebih dua tahun terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menurut beliau, keputusan yang memihak anak guamnya bukan semata-mata kemenangan ganti rugi tetapi juga demi keadilan.

“Kenderaan berat seperti perisai yang mempunyai sudut pandangan terhad perlulah diiringi pengawal trafik dari ATM atau pun dibantu oleh polis trafik bagi mengawal lalu lintas supaya kenderaan berat tidak membawa risiko kepada pengguna jalan raya lain dan juga kerosakkan harta benda.

“Secara tidak sengaja pihak berkuasa yang sepatutnya mempertahankan rakyat boleh mencederakan rakyat sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding di Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini.

Jelas Naresh, jika tiada pengawal lalu lintas disediakan untuk konvoi, jalan raya yang digunakan seharusnya ditutup.

“Sekiranya ada kawalan trafik daripada polis ataupun ATM sendiri, kemalangan itu semestinya tidak akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Santhi ketika ditemui meluahkan rasa syukur di atas kemenangannya itu dan ia sekaligus memberi keadilan kepadanya.

Santhi memberitahu, kemalangan itu telah menyebabkan emosinya terganggu dan terpaksa menanggung rugi disebabkan kerosakan dan kecederaan yang dialami.

“Selama 17 tahun itulah kenderaan yang saya gunakan untuk berulang alik dan menjadi kereta kesayangan keluarga saya.

“Saya bersyukur kerana selamat dalam kemalangan itu dan hanya alami kerosakkan harta benda dan cedera ringan sahaja,” katanya.

Dua tahun lalu, media melaporkan kereta perisai milik ATM terbabit kemalangan dengan Proton Wira di Jalan Lingkaran Tengah, berhampiran Ampangan, Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian 4.30 petang itu berlaku ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang menuju ke Port Dickson. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI