fbpx

Dua unit kondominium jadi markas calling centre diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas ketika serbuan polis di dua unit kediaman itu semalam.

KUALA LUMPUR – Polis memberkas 10 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan di platform online membabitkan perjudian, pelaburan tidak wujud dan juga penipuan pembelian menerusi serbuan di dua unit kediaman di Jalan Tembaga, Off Jalan Pahang, dekat sini semalam.

Dalam serbuan tersebut, kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga warga China dan tujuh warga tempatan yang mana sembilan adalah lelaki manakala selebihnya adalah wanita.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil daerah telah membuat serbuan serentak di dua unit kediaman jenis kondominium yang dijadikan markas ‘calling centre’.

“Siasatan awal mendapati, kesemua tangkapan bekerja sebagai operator untuk mencari pelanggan dan bertanggungjawab membuat panggilan untuk mempromosikan judi online melalui media sosial.

“Turut dirampas pelbagai peralatan termasuk dua unit monitor komputer, satu unit pemprosesan komputer (CPU), telefon bimbit (32), kad mesin pengeluaran automatik (ATM)(5), komputer riba (5), modem dan peralatan lain yang disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati sindiket tersebut menyewa kediaman dengan bayaran antara RM3,500 hingga RM5,000 sebulan dan mula beroperasi sekitar Oktober tahun lalu.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah dua Seksyen iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kita akan melipatgandakan usaha dan melaksanakan tindakan berterusan bagi membanteras dan seterusnya menghapuskan kegiatan pengoperasian penipuan online (calling center) ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI