fbpx

Balik kampung, peluang buat ‘content’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tangkap layar dari video di media sosial menunjukkan tentang kesedihan bertemu orang tersayang selepas rentas negeri dibenarkan.

PETALING JAYA – Kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri sejak Isnin lalu ternyata telah mengembirakan seluruh rakyat Malaysia yang telah lama berkurung.

Namun begitu, dalam melihat kegembiraan tersebut rata-rata orang ramai mendakwa keadaan itu memberi peluang kepada influencer membuat ‘content’ di media sosial mereka.

Jika diamati ternyata dakwaan tersebut betul-betul berasas apabila terdapat ramai influencer menggunakan peluang itu untuk membuat video di Facebook, TikTok mahupun di Instagram.

“Banyak pula aku perhati video-video jumpa keluarga di kampung, ada yang duduk rumah sebelah dengan orang tua pun mengada nak buat content.

“Ada juga yang dah slalu jumpa yang duduk dalam daerah sama pun nak buat content macam tu juga, tak faham la aku,” jelas Cikgu Mu.

“Tahu la rindu, tapi tak payah la buat video ayah kau lepas mandi, berjalan ke masjid lepak warung kawan dia semua.

“Memang la untuk simpanan kita tapi tidak perlu la jadi hamba media sosial sangat,” kata Issey Lagenda115 z. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI