PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa daerah di Kedah, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir dijangka akan melanda beberapa daerah di tiga buah negeri berkenaan sehingga pukul 6 petang nanti.
“Di Kedah, daerah yang diramal akan dilanda hujan lebat dan ribut petir ialah di Padang Terap, Pendang, Sik, Baling dan Kulim.
“Cuaca sama turut dijangka akan berlaku di Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu, dan Dalat), Kapit (Belaga), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang),” katanya di sini tadi.
Sementara itu di Sabah pula, cuaca sama juga diramal akan melanda Pedalaman (Tenom) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran). – K! ONLINE